Profil Syarikat

SAHAJIDAH HAI-O MARKETING SDN BHD ialah anak syarikat KUMPULAN HAI-O ENTERPRISE BERHAD. Kumpulan Hai-O telah tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sejak 1996.

SAHAJIDAH HAI-O MARKETING yang ditubuhkan pada 1992 ialah Syarikat Jualan Langsung yang menjalankan perniagaan secara pemasaran berbilang tingkat. Pengerusi pertama syarikat ini ialah Allahyarham Dato Dr Usman Awang. Sejak 10 tahun lalu, pelan pemasarannya telah mendapat sambutan di kalangan Bumiputera dengan pelbagai produk jualan buatan Malaysia dan luar negara. Antara beberapa produk yang dipasarkan ialah penapis air, pakaian dalam wanita, baja semburan, makanan dan minuman kesihatan, barangan kegunaan harian serta pelbagai produk lain.

Pelan pemasaran SAHAJIDAH HAI-O MARKETING adil dan telus di mana 67% dari keuntungan telah diagihkan kepada pengedar sebagai ganjaran. Syarikat ini komited dalam usaha memupuk sifat keusahawanan kaum Bumiputera serta menggalakkan pengedar menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan. Malah ramai pengedar yang sudah mempunyai jawatan tinggi seperti doktor dan pensyarah telah meletakkan jawatan mereka dan memilih karier bersama SAHAJIDAH HAI-O MARKETING.

Ramai pengedar SAHAJIDAH HAI-O MARKETING turut menjadikan perniagaan ini sebagai perniagaan sekeluarga dan ramai yang sudah berjaya membina jaringan perniagaan yang luas dan menguntungkan.

Pada awal 2009, sebuah yayasan iaitu SAHAJIDAH HAI-O FOUNDATION ditubuhkan dan telah menerima sumbangan RM2 juta dari SAHAJIDAH HAI-O MARKETING bagi tujuan-tujuan kebajikan dan kemasyarakatan. Buat permulaan, sebanyak 500 unit penapis air Bio-Aura bernilai RM1 juta telah diagihkan secara berperingkat kepada badan-badan kebajikan dan mereka yang memerlukan.

Pada tahun 2009 juga, SAHAJIDAH HAI-O MARKETING turut mengembangkan spektrum perniagaannya ke luar negara dengan pembukaan pejabat cawangan Indonesia di Jakarta.

Industri MLM telah menyumbang jualan sebanyak lebih RM 8 billion setiap tahun kepada ekonomi negara. Di samping dapat membantu negara menghadapi krisis ekonomi, ia turut menggalakkan peluasan pasaran tempatan, menggalakkan perkembangan perusahaan kecil dan sederhana, menambah peluang pekerjaan serta mengurangkan masalah pengangguran.