Berkongsi Kejayaan

SEBELUMNYA
CDM JAMSARI B MOKTAR & CDM SAFIAH BT YOSOP

 “KELUARGA USAHAWAN TERUNGGUL”

Kedua-dua CDM ini merasakan satu kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat ahli keluarga turut berjaya dalam perniagaan MLM ini. Begitu juga apabila melihat rakan kongsi yang dibawa masuk ke dalam perniagaan turut mengubah taraf hidup mereka.

 

CDM Safiah yang merupakan seorang pendidik dalam perkhidmatan awam sanggup meninggalkan kerjayanya semata-mata untuk memberi tumpuan sepenuh masa pada perniagaan ini. Pada bulan pertama pembabitannya, beliau telah memperoleh perkembangan yang positif dan ini mendorong beliau bertekad untuk terus melibatkan diri dalam perniagaan ini. Pada masa itu, memang ada yang membantah tindakan beliau untuk menamatkan perkhidmatan sebagai guru. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya akur apabila melihat pencapaian cemerlang beliau.Sebenarnya, saya sudah lama terlibat dalam bidang MLM dan telah menyertai lebih daripada 20 buah syarikat jualan langsung. Namun, produk syarikat Sahajidah Hai-O terutamanya siri pakaian dalam Premium Beautiful adalah produk yang paling berkesan dan mendapat sambutan.”

 

CDM Safiah turut menarik suami dan adik-beradiknya untuk menyertai perniagaan ini. “Suami yang pada mulanya terkejut dengan tindakan saya membeli Premium Beautiful akhirnya turut terlibat dalam perniagaan ini.” Suaminya, CDM Jamsari yang pernah berkhidmat sebagai tutor, guru dan pensyarah di IPTA dan IPTS kini berjuang bersama CDM Safiah untuk memantapkan lagi perniagaan.

 

Selain itu, CDM Safiah turut menarik adik-beradiknya ke dalam perniagaan MLM ini. Mereka telah melihat bukti kejayaan beliau di depan mata dan tidak was-was untuk menyertainya. Beliau berkata, “Kami berasa bangga kerana berjaya mencipta rekod dalam syarikat Sahajidah Hai-O apabila melahirkan 8 orang CDM dalam satu keluarga.” Pasangan ini juga menerima pengiktirafan anugerah khas '1 Keluarga' yang disampaikan oleh Tun Musa Hitam, Tan Sri Osman S. Cassim dan En. Tan Kai Hee dalam Majlis Ulang Tahun Hai-O Marketing yang ke-17 pada tahun 2009.

 

Menurut pasangan ini, usahawan MLM merupakan suatu kerjaya yang berkredibiliti, berwibawa dan profesional. “Ini adalah antara kepuasan yang kami peroleh dalam perniagaan ini. Apabila rakan atau adik-beradik yang menyertai perniagaan ini berjaya, kami rasa cukup puas. Apatah lagi apabila melihat taraf hidup mereka berubah. Kami tidak pernah menyesali keputusan yang dibuat malah bersyukur kerana telah membuat pilihan yang tepat.”