Berkongsi Kejayaan

SEBELUMNYA
CDM SAMIAH BT PARMAN

“16 CDM DILAHIRKAN DI SEBUAH DAERAH TERPENCIL”

Sebelum menceburkan diri dalam perniagaan MLM Sahajidah Hai-O Marketing, beliau merupakan seorang ketua pembantu tadbir di sebuah sekolah. Sewaktu dipelawa oleh seorang rakan sekerja untuk menyertai perniagaan MLM di Sahajidah Hai-O, beliau tidak berminat dan berasa tidak yakin dengan pulangan yang akan diperolehi. Namun, beliau menjadi tertarik dengan perniagaan ini selepas melihat sahabat karibnya berjaya dianugerahi pangkat CDM dalam suatu majlis penganugerahan CDM.

“Saya mula mengikuti seminar dan latihan yang dianjurkan oleh syarikat kerana di situlah kita dapat menimba ilmu mengenai produk, pelan pemasaran dan konsep MLM.” Dengan berpegang kepada konsep 'SIKAP mesti berubah, barulah semuanya berubah', beliau berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam Sahajidah Hai-O Marketing iaitu Crown Diamond Manager pada Disember 2003.

“Antara pencapaian yang paling membanggakan adalah apabila beliau berjaya melahirkan 16 orang CDM dari sebuah daerah terpencil iaitu Daerah Hulu Selangor.” Selain itu, beliau juga menerima pengiktirafan anugerah khas '1 Impian' daripada Tun Musa Hitam, Tan Sri Osman S. Cassim dan En. Tan Kai Hee dalam Majlis Ulang Tahun Sahajidah Hai-O Marketing yang ke-17 yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2009.

Beliau berkata, “Bersama Sahajidah Hai-O, impian saya telah menjadi kenyataan. Strategi-strategi yang diatur sangat berkesan dalam menghasilkan kejayaan kepada mereka benar-benar melaksanakannya. Saya menyeru kepada semua yang berada di luar sana, marilah kita bersama-sama berusaha menyiapkan diri dengan ilmu yang bersesuaian supaya kita dapat mengecapi nikmat pada hari-hari yang mendatang dan merealisasikan impian bersama-sama.”