Berkongsi Kejayaan

SEBELUMNYA
CDM KAMARUDIN BIN MAMAT & CDM KARTINI BINTI M. YAAKOB

“PELUANG KEEMASAN MUNGKIN DATANG SEKALI SAHAJA DALAM HIDUP KITA”
“IKUTLAH RESMI PADI, MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI”


Pada mulanya CDM Kartini tidak berminat langsung dengan perniagaan MLM kerana beliau sendiri pernah menyertai lebih daripada 10 syarikat MLM tetapi terkandas dan akhirnya gagal. Malah, beliau belum pernah berjumpa mana-mana usahawan MLM yang hidup senang-lenang, apatah lagi menjadi jutawan dengan hanya bergiat aktif dalam MLM.

Namun, suratan takdir menentukan beliau akhirnya tertarik untuk menyertai Sahajidah Hai-O Marketing pada penghujung 2001 setelah melihat kejayaan sahabatnya, CDM Safiah Yosop.

Beliau percaya semua orang memiliki peluang yang sama tetapi yang membezakannya adalah kepandaian mengatur strategi, kerajinan dan fikiran yang senantiasa optimis dan positif. Usaha yang bersungguh-sungguh untuk memburu kejayaan mestilah diiringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah.

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi meningkatkan lagi keyakinannya dan setelah berfikir semasak-masaknya, beliau akhirnya melepaskan jawatan sebagai guru sekolah menengah.

Sebaliknya, CDM Kamarudin hanya mahu melakukan yang terbaik untuk diri dan keluarga. Beliau mahu melihat hasil keringat dan usahanya dikongsi dan dinikmati oleh seluruh ahli keluarganya. Beliau kini mampu menikmati kemewahan hidup yang dahulunya hanya menghiasi mimpi dan mewarnai angan-angannya semata-mata.

CDM Kamarudin dan Kartini percaya bahawa semangat yang padu dengan matlamat yang jitu   membawa mereka ke puncak kejayaan.