Bakar Lemak,
Lebih Ganjaran.

Tampil lebih sihat dan bertenaga semasa bertandang di rumah terbuka raya nanti dan lagi gempak kerana anda akan diberikan CUN rewards bila mencapainya. Jadi, jom bersama tetapkan target badan ideal kita sebab segalanya lagi mudah di bulan Ramadhan.

Jom Kita Mulakan

Tidak pasti berat ideal anda? Mari sama-sama kita lihat.

Jantina:
Umur:
Ketinggian (dalam cm):
Berat (dalam kg):
Pilih tahap aktiviti anda:
Saya ingin menurunkan berat badan sebanyak:
Pilih untuk menurunkan pengambilan kalori sehingga 15- 20% bergantung pada berat asal dan target penurunan berat badan.

Kamu adalah

Berat Berlebihan

BMI

?Body Mass Index (BMI) adalah index pengiraan lemak badan berdasarkan ketinggian dan berat bagi lelaki dan perempuan.

23.33

Berat Ideal

?Kalkulator Berat Ideal mengira berat badan ideal (IBW) berdasarkan ketinggian, jantina dan umur.

52 – 73kg

BMR

?Basal Metabolic Rate (BMR) anda adalah kiraan kalori anda bakar semasa tidur.

1800cal

Tenaga Harian Diperlukan

2304cal

Ini merupakan tenaga harian yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan anda sekarang. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori anda perlulah kurang dari yang tertera di sini. Namun, ia tidak digalakkan untuk mengambil kurang dari kalori BMR anda.

Target Harian untuk Menurunkan Berat Badan

2073cal

Sasar untuk purata penurunan 1 kg seminggu

Cadangan Pelan Pemakanan

Kami ingin memastikan anda menikmati Ramadhan dan Raya anda sepuas-puasnya. Jadi, berikut adalah contoh pelan pemakanan harian yang anda boleh cuba dengan alternatif yang lebih sihat!

Contoh Kalori Keseluruhan untuk sehari

±1,500Kcal

Pelan Pemakanan

Resepi sihat untuk anda sekeluarga? Jom cuba menu superb berikut.

Oh, jangan lupa…

Berikut adalah tips sesuai tidak kira anda menyediakan makanan sendiri atau mencuci mata di Bazar Ramadhan, tanpa rasa bersalah. Lagi pun, kami mahu anda menikmati makanan kegemaran anda tapi berpada-pada.

Sahur

  • Kombinasi hidangan berasaskan karbohidrat kompleks dan protein yang lambat dicernakan
  • Hidangan rendah indeks glisemik seperti roti wholemeal atau oatmeal
  • Jika kekangan masa, cukup sekadar kurma atau buah-buahan
  • Sumber protein seperti ayam, ikan, soya dan kekacang
  • Minum air secukupnya
  • Protein shake juga membekalkan tenaga yang mencukupi untuk seharian berpuasa

Tak sempat nak bersahur? Sediakan smoothies ShakeMe Cocoa dengan campuran buahan kegemaran anda untuk bekalan tenaga sepanjang hari.

Iftar

  • Sunnah dimulakan dengan kurma dan segelas air minuman
  • Makan hidangan diet seimbang berdasarkan saranan piramid makanan Malaysia
  • Jangan selangi minuman dan makanan untuk mengelakkan kembung perut
  • Elakkan makanan yang terlalu pedas untuk menghindari ketidakselesaan perut
  • Berhenti sebelum kenyang dan elakkan pembaziran makanan!
  • Pilih minuman rendah gula dan berkhasiat seperti soya atau jus buahan dan sayuran

Koktel BV Alfalfa dengan Sweetality yang dihidangkan sejuk sesuai dijadikan minuman juadah berbuka kerana ia membekalkan khasiat klorofil sehingga 4x lebih banyak berbanding sayuran biasa. Disamping rasa yang enak, ia juga bersifat alkali dan berperanan sebagai agen antioksida.

Moreh

  • Elakkan makanan berat dan tinggi kalori
  • Cukup sekadar mengisi perut dengan makanan ringan e.g. Bubur kacang dan Teh-O
  • Moreh suatu adat, bukan kewajipan. Ia adalah pilihan, bukan keperluan!
  • Elakkan tidur dalam keadaan perut terlalu kenyang!

Minum satu sachet Prolicious sehari kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral yang diekstrak dari buahan dan sayuran. Ia turut mempercepatkan penghadaman dan baik untuk mikroflora dalam perut.

Amalan Pemakanan

  • Kurangkan makanan berminyak dan tinggi kalori
  • Kurangkan penggunaan lemak terutaman lemak tepu e.g. minyak sapi dan mentega
  • Banyakkan sayur dan buah-buahan dalam hidangan
  • Rancang pengambilan air yang mencukupi (6-8 gelas sehari)
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula dalam masakan terutama bersahur

Jika anda meminati sesuatu yang manis, tambahkan setitis pemanis Sweetality dalam minum untuk menggantikan gula putih biasa. Ia tidak mempunyai kalori, jadi anda boleh menikmati rasa manis yang sihat tanpa rasa bersalah!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2010)

Jom Sahut Cabaran!

Anda sudah bersedia untuk menyahut cabaran #MisiBadanCun? Realisasikan impian memiliki tubuh badan yang langsing dengan produk SHOM yang berkesan untuk anda, Ramadhan dan Raya tahun ini. Bukan itu sahaja, dapatkan ia secara percuma bila anda menyertai peraduan #MisiKonfemCun untuk peluang memenangi jumlah hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000!