Muka Cun Berseri,
Ganjaran Besar Menanti!

Inginkan wajah halus mulus dan berseri? Jom mulakan #MisiMukaCun untuk mendapatkan wajah gebu gebas semasa beraya nanti. Yang lebih menarik, anda bakal berpeluang mendapatkan CUN rewards bernilai RM100,000! Jika anda adalah seorang penggemar makeupu atau tidak sabar lagi untuk ke peraduan #MisiMukaCun, klik butang di bawah.

Jom kita analisis muka anda!

Kunci utama kepada muka yang cun pastilah penjagaan kulit yang rapi. Sudahkah anda mengetahui jenis kulit anda? Ambil KUIZ mudah ini bagi membuat analisis kulit anda.
Q1. Adakah kulit anda cenderung untuk kelihatan berminyak atau berkilat?
HURAIAN
  • Liang pori yang besar
  • Wajah tampak berkilat tetapi agak kusam
  • Cenderung berjerawat/ bintk hitam (blackhead)/ cela lain
TIPS

Kesan berminyak semakin ketara apabila terdapat gangguan hormon, termasuklah stres atau terdedah kepada cuaca panas. Tapi, jangan bimbang. Anda hanya perlukan penjagaan lebih teliti (extra care) untuk memastikan kulit anda glowing raya ini! Jom kita lihat caranya.

  1. Bersihkan wajah anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari atau setelah anda selesai aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh
  2. Bersihkan muka dengan menggosok lembut dan tidak terlalu kuat
  3. Elakkan memicit atau menyentuh jerawat
  4. Pilih bahan non-comedogenic agar ia tidak menyumbat liang pori supaya kulit anda bebas bernafas. Ini kerana liang pori tersumbat boleh mengakibatkan jerawat
  5. Lebihkan skrub di kawasan zon-T iaitu dahi, hidung dan dagu
  6. Pastikan anda menjaga kelembapan kulit anda kerana kulit yang tidak cukup lembapan akan memberi isyarat kepada kulit untuk merembeskan lebih banyak sebum

Regim penjagaan bagi kulit berminyak

 

Jika kulit anda berminyak, pastikan anda mencuci kulit wajah dengan teliti untuk menghilangkan minyak dan kotoran yang boleh menyumbatkan liang pori sekaligus menyebabkan jerawat. Set lengkap Infinence amat sesuai untuk kulit berminyak. Gandingkan dengan Infinence Radiance Boost Exfoliating Face Scrub 3 kali seminggu untuk eksfoliasi dan Infinence Brightening Treatment Mask 2 kali seminggu untuk mengembalikan keserian dan kecerahan wajah.

Infinence complete set
+
Face Scrub
(3x seminggu)
+
Intensive Brightening Treatment Mask
(2x seminggu)

HURAIAN

Anda amat bertuah! Apabila kita berbicara tentang kulit normal, kulit jenis ini seimbang, maksudnya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Disebabkan komposisi kulit anda seimbang, maka kadangkala hanya timbul beberapa masalah kecil sahaja.

  • Tiada atau kurang cela
  • Tidak sensitiviti yang kronik
  • Saiz liang pori yang kecil atau tidak kelihatan
  • Wajah kelihatan sihat berseri
TIPS

Jenis kulit ini paling mudah dijaga! Tiada isu sensitif atau mudah breakout. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud anda tidak perlu menjaga kulit. Penjagaan kulit dari awal mampu memelihara kulit normal dari tanda-tanda awal penuaan.

Regim penjagaan bagi kulit normal

 

Disebabkan itu, jangan lupa menggunakan set lengkap Infinence disertakan dengan Infinence Radiance Boost Exfoliating Face Scrub 2 kali seminggu dan Infinence Deep Hydration Firm & Shape Treatment Mask 2 kali seminggu untuk menghidrat dan mencegah tanda-tanda penuaan dari sekarang.

Infinence complete set
+
Face Scrub
(2x seminggu)
+
Firm & Shape Treatment Mask
(2x seminggu)

HURAIAN

Jenis kulit kombinasi ini mempunyai kawasan yang kering, normal dan juga berminyak. Bahagian yang berminyak di bahagian zon T termasuklah dahi, hidung dan dagu tetapi mempunyai kulit normal atau kering pada bahagian pipi dan leher.  Ia memberi indikasi ada liang tersumbat di kawasan zon T tersebut.

TIPS

Apabila menyusun rejimen penjagaan kulit untuk jenis kulit kombinasi, pilih produk untuk kulit biasa secara keseluruhan. Elakkan memakai produk bagi kulit berminyak walaupun bahagian zon T anda berminyak. Ini kerana ia tidak sesuai untuk bahagian pipi dan leher dan boleh lebih mengeringkan bahagian ini.

Antara tips-tipsnya ialah:

  1. Gunakan bahan kawalan minyak di bahagian berminyak seperti di zon T
  2. Lebihkan skrub di kawasan zon-T iaitu dahi, hidung dan dagu dan kurangkan di bahagian kering
  3. Berikan lembapan lebih di kawasan yang mudah kering seperti di pipi dan leher
  4. Bersihkan muka dengan menggosok lembut dan tidak terlalu kuat
  5. Elakkan memicit atau menyentuh jerawat
  6. Pilih bahan non-comedogenic agar ia tidak menyumbat liang pori supaya kulit anda bebas bernafas. Ini kerana liang pori tersumbat boleh mengakibatkan jerawat
  7. Pastikan anda menjaga keseimbangan kelembapan kulit anda kerana kulit yang tidak cukup lembapan akan memberi isyarat kepada kulit untuk merembeskan lebih banyak sebum

Regim penjagaan bagi kulit kombinasi

 

Disebabkan cuaca kita yang panas lembap, orang Asia terutamanya rata-rata memiliki kulit jenis kombinasi dan perlu lebih teliti memilih produk yang tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu melembapkan. Jenis kulit kombinasi amat sesuai menggunakan set lengkap Infinence yang mampu menyeimbangkan pengeluaran sebum. Regim penjagaan kulit kombinasi amat digalakkan ditambah dengan Infinence Radiance Boost Exfoliating Face Scrub 3 kali seminggu dan Infinence Intensive Brightening Treatment Mask 2 kali seminggu untuk mengembalikan kecerahan dan keserian wajah.

Infinence complete set
+
Face Scrub
(3x seminggu)
+
Intensive Brightening Treatment Mask
(2x seminggu)

HURAIAN

Bagi yang memiliki kulit jenis kering pula, kulit tampak kurang bermaya, agak kusam dan kasar. Garis-garis penuaan juga lebih jelas selain kulit hilang keanjalan disebabkan kurang lembapan.

Kulit kering juga lebih cenderung untuk mengelupas dan berasa gatal-gatal. Kesannya akan nampak lebih ketara disebabkan faktor-faktor berikut:

  • Genetik
  • Penuaan atau perubahan hormon
  • Sinaran UV
  • Suasana panas di dalam bangunan
  • Cuaca panas dan kering
  • Mandi dengan air panas untuk tempoh lama
  • Ubat-ubatan
  • Bahan kimia dalam produk mandian
TIPS

Antara tips yang boleh dipraktikkan:

  1. Gunakan sabun dan pencuci yang lembut sifatnya.
  2. Jangan menggosok terlalu kuat sewaktu mencuci muka.
  3. Gunakan pelembap kulit dan wajah yang sesuai supaya kulit kekal terhidrat sepanjang hari.
  4. Banyakkan minum air.
  5. Pilih produk jagaan kulit yang bersifat lembut.
  6. Tambahkan beberapa lapisan toner bagi mendapatkan lembapan maksima dan kulit yang anjal.

Regim penjagaan bagi kulit kering

 

Sering berada dalam bilik berhawa dingin seperti di pejabat untuk tempoh yang lama? Ini juga salah satu penyebab kulit kering dan kasar. Jangan lupa, jadikan set lengkap Infinence sebagai peneman setia anda. Tambahkan dengan Infinence Radiance Boost Exfoliating Face Scrub 2 kali seminggu dan Infinence Deep Hydrating Firm & Shape Treatment Mask 3 kali seminggu untuk melawan tanda-tanda penuaan, memberi keanjalan dan keserian serta kuasa lembapan maksima.

Infinence complete set
+
Face Scrub
(2x seminggu)
+
Intensive Brightening Treatment Mask
(3x seminggu)

Selangkah Lagi untuk Kulit Cun Berseri!

Kini anda telah tahu jenis kulit anda, mari lihat rejim penjagaan kulit yang tepat untuk anda.

Oh, jangan lupa…

Jika anda mahukan kulit gebu dan #MukaCun untuk Ramadan ini, ikut tips-tips di sini!

Minum lebih air di Bulan Ramadhan untuk memastikan hidrasi berterusan

  • 1 gelas setelah bangun pagi
  • 1 gelas setelah sahur
  • 1 gelas setelah azan Maghrib
  • 1 gelas setelah berbuka
  • 1 gelas setelah solat Isyak
  • 1 gelas setelah solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur
Bukan sahaja tubuh yang perlukan penghidratan, wajah juga perlukannya. Jangan lupa hidrat wajah dengan Infinence 24H Hydrating Toning Essence untuk kuasa lembapan 24 jam.

Tekapkan lebihan air ke muka selepas membasuh muka untuk mengunci lembapan maksima dan biarkan ia kering sendiri tanpa perlu mengelap dengan tuala.

Lakukan follow up dengan rawatan intensif menggunakan masker muka 2x seminggu.

Selang-selikan antara Infinence Deep Hydration Firm & Shape Treatment Mask dan Infinence Intensive Brightening Treatment Mask untuk 2 manfaat berbeza.

Tambahkan suplemen kolagen BB+ Glo untuk pemulihan dan regenerasi kulit dari segi penjagaan dalaman.

Kolagen amat penting untuk memelihara kekuatan dan keanjalan kulit bagi mengelakkan penuaan kulit sebelum usia.

Jangan tidur tanpa memersihkan solekan terlebih dahulu. Infinence Hydrating Duo Cleansing Mousse boleh membantu dengan mudah! Kulit juga perlukan perawatan sewaktu tidur pada waktu malam.

Tambahkan Infinence Advanced Overnight Regeneration Cream untuk memulihkan seri muka dan bangun dengan kulit berseri pada esok pagi!

Kawasan mata anda adalah yang paling tipis dan amat mudah menunjukkan tanda-tanda penuaan awal. Berikan lebih perhatian kepada kawasan mata anda untuk mata yang lebih segar.

Infinence Triple Reviving Serum kan ada. Bukan sahaja bertindak untuk wajah, malah menjaga kesegaran kulit di kawasan mata juga.

Elakkan sinaran matahari secara terus.

Gunakan Essential Illuminating Day Cream dengan SPF 30 untuk merangsang metabolisme sel dan memperlahankan proses penuaan akibat sinaran meatahari.

Kulit Berseri, Raya-Ready!

Tahu bagaimana caranya untuk bercantik-cantik macam selebriti Raya ini? Tidak lain tidak bukan, hanya dengan rangkaian Cozuma! Menariknya, rangkaian produk Cozuma sesuai untuk setiap wanita kerana terdiri daripada 2 jenis tona warna – panas (warm) dan sejuk (cool). Mari kita lihat tutorial solekan warm dan cool yang boleh anda gayakan Hari Raya nanti.

Dapatkan kulit berseri dari Infinence untuk gaya Raya yang paling ON POINT. Jangan lupa padankan tona warna panas semulajadi kulit anda dengan pilihan warna-warna panas dari rangkaian solekan Cozuma.

Ingin tampil mempesona Raya-ready seperti Emillia dengan teknik solekan yang tepat? Hasilkan gaya memukau ini dengan rangkaian solekan Cozuma dari warna-warna sejuk untuk mengujakan lagi Raya anda!

Jom Sahut Cabaran!

Anda sudah bersedia untuk menyahut cabaran #MisiMukaCun? Jom mulakan sekarang untuk mendapatkan wajah gebu gebas semasa beraya nanti. Yang lebih menarik, anda bakal berpeluang mendapatkan CUN rewards bernilai RM100,000! Tunggu apa lagi? Sertai peraduan sekarang!