REGIME HARIAN

“BE GOOD TO YOUR SKIN. YOU’LL WEAR IT EVERY DAY FOR THE REST OF YOUR LIFE”

– RENÉE ROULEAU

Membuat pelaburan untuk kulit wajah semestinya berbaloi. Tahu kenapa? Kulit wajah anda sekarang bakal menentukan bagaimana penampilan diri anda 10, 20 atau 30 tahun dari sekarang. Jadi, pastikan anda membelai dan menjaga kulit anda setiap hari untuk menuai hasil yang THE BOMB kelak. Mari lihat langkah penjagaan harian semudah A-B-C bersama Infinence.

Cara membersihkan wajah bersama Siri Penjagaan Kulit Infinence (Harian)

Hydrating Duo
Cleansing Mousse

Menanggalkan Solekan
3 keping kapas lembap (untuk bibir & mata)

Membersihkan wajah
Goncang Hydrating Duo Cleansing Mousse, pam 2x ke telapak tangan di 5 tempat: dahi, hidung, dagu dan 2 pipi (leher juga digalakkan). Mulakan urutan di wajah seperti bentuk ‘M’. Bilas dengan air atau span.

24H Hydrating
Toning Essence

Melembapkan wajah
Pam 2x ke tapak tangan. Sapu seluruh wajah dan leher. Tepuk lembut menggunakan jari-jemari. (Boleh juga menggunakan kapas lembap).

Intensive Triple
Reviving Serum

Mengangkat dan menganjalkan wajah
Pam 1-2x ke telapak tangan di 5 tempat dan urut. Bermula dari dagu ke belakang telinga, tepi bibir ke tengah telinga, tepi hidung ke pelipis, hidung menghala ke dahi (menghala atas).

Mengurangkan kedutan di sekitar mata
Menggunakan jari manis. Urutan dari tengah mata ke tepi pelipis sperti bentuk ‘M’. Bilas dengan air atau span.

Essential Illuminating
Day Cream

Melindungi dari sinaran UV-SPF30
Pam 1x di belakang tapak tangan. Sapu seluruh wajah. Gunakan pada waktu siang.

Advanced Overnight
Regeneration Cream

Perawatan wajah dalam satu malam untuk kedutan dan garis halus
Pam 1x di belakang tapak tangan. Sapu di seluruh wajah. Gunakan pada waktu malam.

Regime Intensif

Kini anda mahu kulit yang lagi baik, mari lihat rejim penjagaan kulit yang intensif kami.