Akan Datang / Terkini

SEBELUMNYA
Notis Testimoni Produk - 28 Feb 2014

Testimoni Produk

 

Testimoni produk memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan sesuatu produk. Oleh itu, testimoni mestilah memberikan fakta yang tepat, tidak ditokok tambah dan pada masa yang sama, mestilah menyatakan bahawa keberkesanan produk adalah berbeza mengikut keadaan seseorang individu. Selain itu, produk Hai-O Marketing bukanlah pengganti kepada rawatan ataupun kaedah perubatan yang disarankan oleh doktor ataupun pihak hospital. Oleh itu, rawatan perubatan perlu diteruskan dengan pengawasan doktor.

 

Testimoni yang mengandungi nama organisasi/individu ataupun pernyataan yang boleh merosakkan reputasi mana-mana pihak adalah dilarang sama sekali. Sehubungan itu, nama mana-mana organisasi/individu tidak boleh muncul atau disebut secara langsung ataupun tidak langsung di dalam testimoni atau pernyataan tanpa kebenaran bertulis daripada organisasi/individu tersebut. Mana-mana testimoni yang mengandungi nama mana-mana organisasi/individu termasuk pakar-pakar profesional, pusat perubatan dan lain-lain agensi-agensi swasta/kerajaan tanpa kebenaran bertulis pihak berkenaan mestilah dihentikan dan ditarik balik daripada penyiaran dalam apa-apa jua bentuk medium penyebaran dengan serta-merta (sekiranya ada).

 

Syarikat memandang serius akan perkara di atas dan menggesa semua pengedar supaya mematuhi Kod Etika Perniagaan.