Hai-O Ezigrow

Hai-O Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Hai-O Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang termasuklah mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Hai-O Ezigrow adalah sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?
Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya.

Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam Hai-O Ezigrow?
Hai-O Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

Apakah nilai pH Hai-O Ezigrow?
Nilai pH Hai-O Ezigrow ialah 6.1 dan ia sesuai digunakan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan.