Hai-O JTX 900 Motor Oil

Hai-O JTX adalah minyak enjin berprestasi tinggi yang direka khas untuk membersihkan enjin dan memberi perlindungan terhadap pengoksidaan, kehausan, kakisan, mendapan, dan pembentukan lumpur dalam keadaan memandu yang paling teruk. Ia dihasilkan untuk kegunaan semua jenis kenderaan yang memakai petrol dan diesel termasuk kenderaan yang dilengkapi dengan turbocharger dan sistem pembakar suntikan. Formulasinya yang moden memastikan fleksibiliti untuk "mixed fleet operators".