MIN KAFFE CUSTARD PUDDING AGAR-AGAR

 

MIN KAFFE CUSTARD PUDDING AGAR-AGAR

 

Bahan untuk puding agar-agar :

Agar-agar, 35 g

Gula kastor, 480 gm

Mentega, 187.5 gm -dicairkan

Telur kuning, 5 biji

Susu cair, 1 tin

Air, 1.25 liter - Untuk merebus agar-agar

Serbuk kastard, 3 sudu besar (dicampur bersama air)
Air ,3 sudu besar

Esen vanilla, 1 sudu kecil

Hai-O Min Kaffe 2 paket

 

Bahan untuk sos kastard :

Krim, 200 ml

Gula, 1 sudu besar

Serbuk kastard, 2 sudu kecil (dicampur bersama air)

Air, 2 sudu kecil

 

Untuk menyediakan puding agar-agar :

  1. Campurkan kuning telur, esen vanilla dan mentega cair di dalam mangkuk. Ketepikan.

  2. Masukkan air ke dalam periuk, diikuti dengan agar-agar dan gula. Masak sehingga semua larut.

  3. Masukkan 2 paket Min Kaffe dan kacau hingga larut.

  4. Tuangkan campuran telur tadi bersama campuran kastard. Kacau perlahan menggunakan api yang sederhana. Teruskan mengacau sehingga menjadi pekat.

  5. Setelah itu tuangkan campuran tadi ke dalam bekas jelly atau bekas kaca. Sejukkan paling kurang 4 jam atau semalaman.

 

Untuk menyediakan sos kastard :

 

1. Panaskan krim di dalam periuk dan masukkan gula. Masak hingga semua bahan larut dan sebati. Kemudian masukkan campuran kastard dan pukul perlahan sehingga sedikit pekat. Sejukkan seketika sebelum dihidang.

 

Untuk menghidang:

Potong puding mengikut kesukaan anda dan tuangkan sos kastard ke atasnya.Taburkan sedikit buah beri. Min kaffe kastard agar-agar puding sedia untuk dihidang.